Wednesday, May 28, 2008

CERITERA YANG KEDUA PULUH ENAM

Dan segala anak MELAYU, bagimanapun
besar dosanya, jangan kamu bunuh,
melainkan dosanya DURHAKA ; kerana
segala anak MELAYU itu tanahmu.

MELAYU itu tanahmu,
bangsa dan negerimu
kau besar dan raja padanya.

laut dn pantai di semenanjung ini
di pulau-pulau Samudera dan Riau,
Kedah dan Pahang, Kelang dan Muar
ialah air dan tanah bangsamu.

Hormatilah orang berilmu
orang yang setia pada bangsamu
betapapun tidak setujunya.

Melayu hanya besar dengan kebebasan
dengan percaya bahawa mereka bebas
dan besar,
Di Pelabuhan kita seluruh dunia bertemu
Bahasa kita difikirkan,
Adat kita akarnya di sini.


*NOTA dr 8630: Sajak ini telah dibacakan pada saya pada 13 September 1986 ketika menjadi peserta Kursus Bina Semangat III di puncak Gunung Ledang & saya meningatinya hingga kini.

OMBAKAN HATI

Kawan,
Suaraku ini adalah ombakan hati
yang kental dibaluti kesedaran
yang setiap hari ku setia dengan sumpah pahlawan
tentang masa depan
yang punya seribu kemungkinan

Engkau dan aku sama-sama tahu
sama-sama sedar
bahawa kita masih menggelepar
meniti titian licin; bergantung di dahan rapuh
menghadapi seribu kemungkinan

Apabila orang membawa berita
tentang ayam dikepuk mati kebulur
tentang itik diair mati dahaga
berita itu kawan, adalah gendang perang
yang melarang kita undur
Rempuh, rempuhlah terus kejahilan
kemunduran kikislah habis

Hari ini kawan, kita susun kemaskan barisan
kita yakinkan almarhum-almarhum tercinta
(Aminuddin Baki dan Zulkifli Muhammad
Bahawa jejak mereka kita teruskan
dengan hati pahlawan seperti Hang Jebat

Hari ini, kawan..
Pintalah TUHAN lebarkan terbukanya pintu hati kita
biar terjirus air keramat di dalamnya
biar berhembus udara hidayat ke lubuknya
agar hari ini bagi kami oh TUHAN
hari yang penuh rahmat dan ampunan
hari yang penuh petunjuk dan bimbingan
untuk kelanjutan semangat mukaddimah
pertubuhan yang kami junjung
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung

SUTAN SHAHRIL LEMBANG -Buat sdraku di GPMS

Selamat Datang Wahai Anak-Anak Ledang.

Assalammualikum

Apa khabar semua anak-anak ledang. Dah lama rasanya kita tak mendaki Gunung Ledang.

Gua percaya, sejak program pertama di Gunung Ledang, kalau tak silap gua pada tahun 1984, yang mana lahirnya 8410 sehinggalah ledang yang terakhir yang dibuat tahun lepas, GPMS dah melahirkan ramai anak-anak ledang.

Sehubungan dengan itu, dengan rasa rendah diri, saya membina blog ini untuk kita semua kongsikan segala kenangan kita di Gunung Ledang. Tak kiralah ERA yang mana, KPW yang mana atau dari mana asal cawangan kita....

Asalkan semuanya bermula dengan ERA.

Sekian sahaja buat pembuka bicara. Kepada sesiapa yang mempunyai pengalaman dan bahan2 untuk dikongsikan dalam ANAK LEDANG, sila emailkan ke
anakledang@gmail.com.


Salam perjuangan dari,

Moderator Anak Ledang